I'm 31 now. Can you believe it? Haha.
Hidup kan, memang mencabar. Setiap hari aku struggle nak survive. Isu kerja, isu diri. Sebab tu orang kata, kau kalau kerja dalam bidang yang kau minat, hari-hari kau datang kerja pun gembira.
Aku kan...taktahu la ni bidang yang aku nak buat sampai pencen ke tak. Setiap hari aku wonder. Tapi bila fikir, kalau aku tak buat kerja ni, apa yang aku boleh buat?
Skills? Setakat ni aku rasa aku tak ada particular skill yang aku boleh proudly kata aku excel on it. Nak join creative sides pun, aku ni creative sekejap je. Bila aku dah bosan memang creative block terus. Nak sambung study pun aku takde interest.
Soal jodoh memang setakat ni bukan priority lagi, tapi aku kesian dekat Mama sebab aku tahu dia sentiasa doa jodoh aku cepat sampai. Dan aku tahu, jodoh ni kan kau kena cari. Aku....sedikit penat mencari. Nak jumpa yang sekufu tu....fuh. Ada la sekali dua aku rasa aku dah jumpa yang more or less sekufu, tapi banyak betul dugaan lepastu. Dah, tutup cerita lama.
Anyway, I'm back here because I don't think that my mental health is in a good condition. I feel like I need to journal things here. I need to type it out and sort it out so that my mind tak bercelaru sangat.
Will be here frequent after this. Till then, teruskan hidup, diri. Kau boleh.